Menanti Keputusan UMNO Di Penanti..
Tarikh : Tuesday, May 05 @ 21:54:21 MYT
Topik : Artikel Pendek


Pelbagai spekulasi bermain di benak pemerhati politik tanahair setelah tiada sebarang keputusan diumumkan, selepas mesyuarat Biro Politik UMNO berakhir petang tadi. Hampir 10 pemberita dan wartawan menanti dengan hampa setelah Dato' Seri Najib Razak tiada mengumumkan calon pilihanraya kecil di DUN Penanti. Mereka kesal kerana tiada sebarang maklumat diperolehi walaupun menunggu begitu lama.

Memang agak pelik bila sesudah mesyuarat berkenaan berlangsung tiada sebarang kata putus dikeluarkan. Adakah UMNO ingin rakyat tertanya-tanya apakah yang akan berlaku selepas ini. Mungkin sesuatu yang besar dan penting akan berlaku selepas ini. Mungkinkah Najib ingin sampai berita tersebut di Sabah tetapi setakat ini tiada sebarang pengumuman berkenaan perkara ini berlaku.

Kemungkinan UMNO malu ingin memgumumkan yang mereka tak mahu bertanding di Penanti kerana mereka tahu akan kalah besar. Bagi menutup keaiban ini pelbagai alasan akan direka dalam masa terdekat ini bagi membenarkan tindakan mereka. Sudah tentunya bagi rakyat yang totok UMNO sudah pastinya termakan dengan alasan yang diberikan mereka. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku memang benarlah telahan orang ramai yang UMNO sudah hilang kejantanannya dan kecut perut untuk masuk gelanggang.

http://addin77.blogspot.com


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4377