Ketua Pemuda DPPN Sabah Lawat Tapak PASTI Baru Kinabatangan, SABAH.
Tarikh : Tuesday, May 05 @ 22:04:15 MYT
Topik : Berita


Ketua Pemuda PAS yang bakal menamatkan perkhidmatan pada awal JUN ini dalam kepimpinan Pemuda masih berkesempatan melawat 2 tapak PASTI yang bakal dibuka di Kawasan Kinabatangan. Kedua-dua PASTI dijangka beroperasi pada JUN tahun ini.





meninjau kawasan PASTI Kg Sentosa yang masih dhaif

Ust Anwar yang menemani Exco Pemuda PAS Pusat Dr Rosli Elani dalam rangka kerja melawat DUN Sukau yang mana menyaksikan pertandingan sengit 8 penjuru dalam pilihanraya MAC 2008. Dalam pilihanraya tersebut calon PAS Sdr Imran Ibrahim tewas teruk dengan mendapat 78 undi sekaligus hilang wang pertaruhan. Menyedari akan sambutan masyarakat yang masih mengutamakan persamaan darah atau hubungan kekeluargaan dalam memberi undi dalam memilih kepimpinan, maka pendidikan agama dan roh Islamiah perlu ditiupkan dalam setiap jiwa masyarakat. PASTI adalah salah satu usaha membina generasi Al-Quran.
Dr Rosli bersama Pak Cik Safari ( T-shirt berlogo PAS) yang baru menyerahkan borang menyertai PAS.

Perjalanan seterusnya menuju ke tapak PASTI Sukau yang terletak lebih kurang 40 kilometer dari Kg Sentosa, atau 50 kilometer dari pekan Kinabatangan. Bangunan juga separuh siap dan masih dalam proses menyiapkan. kekangan kewangan masih menjadi masalah kepada pihak pengurusan PASTI Kinabatangan dalam menyiapkan 2 buah PASTI tersebut. Tambahan pula PASTI induk yang terletak di pekan Kinabatangan belum dapat disiapkan sepenuhnya setelah ianya dibesarkan untuk menampung peserta muktamar pemuda negeri Sabah.
Bangunan asal dibongkar untuk dijadikan PASTI

Ketua Pemuda Negeri sabah berazam untuk sama-sama membantu kedua-dua PASTI tersebut dengan harapan kedua-dua PASTI tersebut dapat memulakan sesi pengajian sepertimana yang dirancang. Beliau menyeru ahli jemaah memberi komitmen dan pergorbanan dalam memastikan kelangsungan tarbiyyah Islamiah ini.

Buat masa ini, guru PASTI yang bakal beroperasi di PASTI-PASTI ini sedang menjalani latihan di PASTI Darul Ulum Kinabatangan.


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4379