Elok Semua Pejabat UMNO dibuka Dalam Balai Polis
Tarikh : Tuesday, May 05 @ 22:26:57 MYT
Topik : Pendapat


 Salam & Tahniah serta Syukur Alhamdullilah kepada Allah kerana memberi kudrat kepada tenaga kerja TKO untuk kembali beroperasi.

Melihat kepada kerajinan dan ketangkasan Ahli-ahli dan para pemimpin UMNO sering membuat laporan polis, kami ingin memberi cadangan supaya pejabat UMNO di buka di dalam balai polis atau di buka bersebelahan kaunter balai polis bagi memudahkan para pendokong UMNO membuat laporan polis.

Sekiranya para pendokong UMNO merasakan laporan polis boleh menarik minat rakyat pada UMNO. Mungkin boleh diibaratkan para pendokong UMNO dan polis bagai Aur dan Tebing iaitu saling memerlukan antara 1 sama lain. Kekadang kesian juga polis sering disibukkan dengan kes-kes bacul pemimpin UMNO untuk berdepan dengan pembangkang secara demokrasi sehinggakan kes hendak bersidang DUN pun memerlukan polis. Nasiblah polis mengikut membabi buta. Sibuknya polis sehinggakan rumah OCPD sendiri dipecah masuk perompak, itu belum cerita pasal kes jenayah-jenayah yang berleluasa sekarang di media & akhbar.

Kepada pengecut usahlah berselindung di belakang polis, berdepanlah dengan semangat kejantanan. Ingat bila jadi perampas mesti kena berani, tapi jangan lupa pulak kuasa Allah lebih besar dari segala-galanya. Itupun kalau masih rasa diri lulusan UIA lah.

Diharap polis tidak terlalu membazirkan masa pada kes-kes UMNO sahaja, banyak kerja lain yang perlu diuruskan, sudahlah kes aduan UMNO polis Cepat bertindak, kes aduan pembangkang dibakul sampahkan sahaja. Perlu diingat Bukan pemimpin UMNO sahaja yang membayar cukai dan gaji polis. Dinegara Jepun, parti UMNO tak memerintah disana pun polis dinegara jepun dapat hidup lagi senang, jadi jangan ingat hanya parti UMNO sahaja boleh memerintah negara & membayar gaji polis.

UMNO ibarat budak manja yang sering mengadu pada keluarganya. UMNO akan terus selesa kerana dijaga oleh polis, tetapi perlu ingat berjuta-juta rakyat sedang memerhatikan kebaculan pemimpin-pemimpin mereka mempergunakan Akta-akta ciptaan UMNO yang pengecut.


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4382