Akaun Anda Hantar Artikel Forums Prosedur Iklan Hubung Kami Top Hits Keluar RSS TKO Versi X3 Facebook TKO Twitter TKO TranungKite Online Melihat Waktu Solat
     Create an account      
  TERKINI..   Dr M akui jadi PM terlalu lama boleh bawa nepotisme    BN cuba tutup mulut Pas?    Bekas pengurus besar Mimos dipenjara, didenda lebih RM2 juta    Lakonan air mata Adun Paloh hari terakhir sidang Dun    Undi belah bagi: Wan Azizah, LKS, Muhyiddin ada di mana?    PH hilang motivasi tetapi terus memasang angan angan!    Berbalah Hujah Antara Perindu PAS (baca Giler Talak) dengan Budak Hingusan    Makin hari makin kalot dan tak tentu arah kelihatan AMANAH (PAN) ni    Senator DAP Sendiri Akui Imej DAP Masih Imej Sebuah Parti Cina    Langkah Perkenal Semula Sekolah Aliran Inggeris Perlu Perbincangan Menyeluruh  
Infomation
Iklan Kiri


UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN IKLAN - sila emelkan ke [email protected]
Menu Utama
 Asas Laman
    · Home
    · 10 Teratas
    · Advertising
    · Akaun Anda
    · Album
    · Arkib Artikel
    · Beritahu Kawan
    · FAQ
    · Forum
    · iklan
    · Kajian
    · Kotak Sembang
    · Masej Peribadi
    · Muat Turun
    · Newsxxx
    · Pencarian
    · PHPNuke Editor
    · PRK Sg. Limau
    · Statistik
    · Sudut Cetak
    · Sudut Video
    · Topik
    · Tragedi MH17
    · Waktu Solat

 Tambahan
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempahan Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Statistik Pembaca
We received

474717380
page views since
1 September 2012

Jumlah Hits
· Hari Ini

55835

· Semalam

97349


Purata Hits
· Sejam

9,473

· Sehari

216,568

· Sebulan

6,593,297

· Setahun

79,119,563


Server Masa Server
· Masa

15:32:48

· Tarikh

23 Nov 2017

· Zon

+0800

Anonymous Online

Tawaran Istimewa Web Hosting
- masih ada satu iklan kosong di ruang ini -

Budaya Politik Matang Sejahtera
Posted on Thursday, April 20 @ 21:12:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Artikel

Anak muda bertanya saya, mengapa PAS tidak lagi garang menentang UMNO? Mengapa PAN lebih menyerlah menyerang UMNO bersama Pakatan Harapan berbanding PAS? Adakah benar PAS akan bersama UMNO pada hujungnya nanti?

Ini soalan biasa yang disoal anak muda apabila saya bersua dengan mereka di mana-mana pertemuan secara berkebetulan. Biasanya dalam musafir saya keliling negara atau ulang alik saya antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur.

Biasanya saya akan memulakan jawaban dengan kembali bertanya kepada anak muda itu, "Adakah rakyat Malaysia hari ini belum tahu kejahatan dan keburukan UMNO? Kamu sokong UMNO-kah?" Spontan anak muda itu menjawab, "Eh, mana boleh. Pilihan raya nanti, tahulah kami kerjakan UMNO."

Saya berkata, "Jika begitu, buat apa PAS bersungguh-sungguh berceramah sana sini mengutuk UMNO? Kan semua orang dah pandai mengutuk UMNO. Semua dah boleh syarah dan berhujah menolak UMNO? Mungkin yang masih berbaki sokong UMNO hanyalah yang perlu diperiksa telinganya kat klinik," gurau saya.

Anak muda termenung, "Habis tu, apakah yang PAS lakukan sekarang? Bukankah mesra dan berbaik dengan UMNO itu dilihat memanjangkan umur UMNO?"

Saya menjawab, "Aik, terbalik tu. Patutnya kamu kata, itu akan memendekkan umur PAS-lah. Kan semua dah setuju benci dan tolak UMNO. Bila PAS mesra UMNO, nahaslah PAS. Kan?"

Anak muda tersengih. Terasa betulnya hujah saya tu. Mungkin dia masih mahu bertanya, jadi apasal PAS cari nahas?

Saya terus pergi kepada soalan asal anak muda itu yang masih saya gantung jawabannya. Saya fikir dia sudah selesa untuk mendengar daripada jawaban saya dengan baik. Saya dekatkan hatinya kepada saya sesudah dia dekatkan tubuhnya kepada saya dengan soalan-soalan di atas. Tampak benar anak muda ini sudah lama mencari-cari jawaban yang boleh menenangkan hatinya. PAS ini, walau dimarah-marahkan, tapi rindu padanya tak hilang-hilang.

Saya mulakan, "Kita dekat dengan UMNO hari ini kerana dulu UMNO jauh dari PAS. Orang berkuasa dan kaya biasalah sombong dan enggan menyapa apatah mendengar daripada orang miskin. PAS dulu lemah dan miskin. Kini tidak lagi. Ada kuasa dan kaya sokongan. Adakah apabila UMNO datang kepada PAS, PAS kena lari?"

Saya tambah, "Masanya PAS bercakap kepada UMNO secara berdepan, bukan lagi melaung dari jauh dan kejauhan. Jauh kita memanggil dan memekik. Dekat kita bercakap dan berbual bukan? Beri jawaban, mengapa UMNO datang kepada PAS? Beri jawaban, mengapa UMNO tidak pergi kepada PAN atau PKR atau parti-parti lain yang sedang beraksi hari ini?" Saya kejutkan anak muda yang dah mula keasyikan itu dengan soalan terjah.

Dia terkejut tapi terus menjawab mudah, "Ya, kenapa ya ustaz? Dia nak minta bantuan PAS ke? Entah-entah, dia nak beli PAS dengan 90 juta haha," sambil ketawa cuba kenakan saya dengan gurauan yang buatkan saya turut ketawa.

Saya jawab, "Ya, orang sakit harus berubat dan kena pohon bantuan. Orang sakit kena membeli ubat. Kena bayar demi kesembuhan. Tapi bukan 90 juta. Tak cukup. UMNO kena bayar berbilion ringgit kerana UMNO telah habiskan berpuluh bilion wang rakyat." Saya jamu anak muda itu dengan kek bilion pula. Segar dia dengar 2.6B. Kemudian saya panjangkan syarahan saya tanpa menoleh lagi.

UMNO datang kepada PAS kerana UMNO telah lama tahu bahawa PAS ada ubat dan penawar. UMNO tidak pergi kepada PAN dan yang lain kerana mereka tiada ubat. PAN itu sendiri adalah penyakit, bukan ubat. Orang sakit tak akan minta bantuan daripada orang sakit juga.

UMNO dan PAS berbalah sejak lama. Dari anak beranak di dalam rumah sehinggalah sepupu sepapai di parlimen. PAS mana tak kenal UMNO dan UMNO mana tak kenal PAS. Keajaiban di sebalik perbalahan ialah saling mengenal kelebihan dan kekurangan musuh masing-masing. Dan tidak pelik, dalam berhadapan musuh ketiga yang memiliki kemudaratan bersama, mereka meredakan permusuhan dan menumpu kepada musuh baru. Manusia tidak mampu memecahkan sunnah kehidupan ciptaan Allah ini.

PAS jauh daripada DAP. Tetapi mereka saling mendekatkan diri demi berhadapan UMNO dalam PRU13. Apabila dekat, mereka saling cuba mengenal diri dan berbaik. Akhirnya mereka berpisah kerana pengenalan indah di ruang tamu berakhir dengan pengenalan buruk di hujung dapur.

UMNO tahu dia sakit. Rakyat tahu UMNO sakit. PAS lagi tahu. UMNO datang mencari bomoh baru. Dulu UMNO suka berjampi dengan bomoh-bomoh memuja jin dengan asap dan kemenyan. Sampai bersepah tulang temulang dikerat bomoh. Itu cerita lama UMNO. Rasanya dah berakhir dah zaman kebodohan terlajak itu.

Apa yang PAS lakukan? Saya jelaskan kepada anak muda itu. Ada dua yang PAS lakukan hari ini. Dua ini adalah keutamaan yang dilaksanakan oleh PAS. Ia mendahului lantang suara dan lancang kecaman yang didahulukan oleh PAN dan DAP.

Pertama, menasihati UMNO. Ia keaslian inti al Quran. Ia tugas para anbiya' dan tugas para pejuang dan muslihin. Kalau kita sayang, Allah lebih sayang. Kalau kita benci, Allah lebih benci. Jangan sesekali kita sayang ketika Allah benci atau kita benci saat Allah menyayangi. PAS kekal setia bersama Allah dan Rasul-Nya, mentaati dan menuruti segala isi dan panduan al Quran.

Yang akan menghukum UMNO adalah rakyat, bukan PAS. Semakin UMNO memburuk aksinya memerintah negara, semakin dekat hukuman rakyat ke atasnya. PAS menasihati UMNO agar berubah dan jangan berubah kecuali kepada Islam. Jika UMNO memilih ubat selain Islam, maka datang UMNO kepada PAS adalah sia-sia. Pergilah kepada farmasi selain PAS. Ubat Islam tiada harganya. Harganya hanyalah pada menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

Kedua, membina alternatif dan penyelesaian kepada rakyat. PAS tidak perlu melaung kepada rakyat. Rakyat sudah bersedia mendengar daripada PAS. PAS dalam ceramah, dialog, wacana, pertemuan dan pelbagai medium lagi untuk mendekati rakyat datang menerangkan penyelesaian Islam bagi membina negara berjaya dan sejahtera.

PAS mendekati rakyat dengan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS). Ia menawarkan sebuah kerajaan teknokrat yang sifatnya menginklusifkan pembinaan negara melalui gandingan kepakaran semua pihak dan rakyat yang bersama menjunjung kedaulatan negara. Ia bukan membolot kekuasaan buat kelompok sendiri seperti amalan BN selama ini.

PAS mengetengahkan penyelesaian sebenar penuh berkat terhadap isu-isu yang membelenggu rakyat daripada isu kerapuhan binaan rumah tangga bahagia,
gejala sosial anak muda, pengangguran belia, pemilikan rumah, kenaikan harga barang dan inflasi sehinggalah isu-isu yang menjadi faktor utama kerosakan negara seperti rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih, kekebalan penguasa, pembaziran, pemborosan dan sebagainya.

Di antara menasihati UMNO dan mengemukakan alternatif dengan PAS menggantikan UMNO adalah dua perkara yang tidak bertentangan. Ia adalah pilihan yang sejahtera dan menyatukan rakyat dengan politik harmoni dan sejahtera. Rakyat berhak menentukan, UMNO atau PAS sebagai pilihan di hati. PAS sentiasa di landasan istiqamah membimbing rakyat menuju jaya.

~ YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
(Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia)






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada [email protected]. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

  1. RAHSIA UBER, Jana wang RM60,000 sebulan dengan uber tanpa perlu memandu...

  2. POWER GILER!! Sistem yang dianggap mengarut dan giler ini rupanya lubuk buat duit...


 
Klik untuk pakej iklan

* terdapat ruang iklan kosong di sini sila hubungi [email protected] gmail.com
Artikel Hari Ini

Dr M akui jadi PM terlalu lama boleh bawa nepotisme

BN cuba tutup mulut Pas?

Bekas pengurus besar Mimos dipenjara, didenda lebih RM2 juta

Lakonan air mata Adun Paloh hari terakhir sidang Dun

Undi belah bagi: Wan Azizah, LKS, Muhyiddin ada di mana?

PH hilang motivasi tetapi terus memasang angan angan!

Berbalah Hujah Antara Perindu PAS (baca Giler Talak) dengan Budak Hingusan

Makin hari makin kalot dan tak tentu arah kelihatan AMANAH (PAN) ni

Senator DAP Sendiri Akui Imej DAP Masih Imej Sebuah Parti Cina

Langkah Perkenal Semula Sekolah Aliran Inggeris Perlu Perbincangan Menyeluruh

[ Artikel seterusnya.. ]
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about Artikel
· News by PenorehGetah


Most read story about Artikel:

PANAS!! Video Ahli Parti Syaitan sedang beribadat tersebar!! Saksikan!!

Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya...

Ustazah Mashitah jelaskan hukum beliau salam dan cium Tangan Pak Lah?

Inilah punca katak Ibrahim Ali marah sangat pada Anwar Ibrahim

Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal di Indonesia
Article Rating
Average Score: 5
Votes: 2


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan

"Budaya Politik Matang Sejahtera" | Login/Create an Account | 3 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Budaya Politik Matang Sejahtera (Score: 1)
by bujuk on Thursday, April 20 @ 23:15:54 MYT
(User Info | Send a Message)
Terbaik.. Tugas utama PAS perjuangkan Islam, kuasa no 2. TGNA pun pernah kata kalau UMNO ambik Islam sebagai perjuangan, PAS boleh bubar. Buat apa parti Islam banyak2. Tapi selagi UMNO masih takut pada MCA,mic dan parti2 dlm. BN, PAS perlu teruskan perjuangan.



Re: Budaya Politik Matang Sejahtera (Score: 1)
by Canggih on Friday, April 21 @ 09:05:53 MYT
(User Info | Send a Message)
PAS bukan tak garang tapi la ni dah kena ikat kaki tangannya...Mulutnya dah dikunci UMNO...Yang ada cuma jari yang terkuit2. Tak tahu apa sebabnya.Adakah kerana janji2 RUU355 dari UMNO yang kini tak keruan atau dedak Najib spt yang disebut oleh Rafizi ( semuga dedak ni tak wujud- nauzubillahminzalik) atau PAS dah tak ada ayam sabung yang sanggup berlaga sampai berdarah, masuk keluar penjara, disimbah air busuk...Yang ada mungkin hanya bising dalam pentas2 ceramah, surau , masjid untuk tatapan ahli2 sahaja tak menembusi segala pelusuk tanah air....Wallahualam



Re: Budaya Politik Matang Sejahtera (Score: 1)
by Yangretibase on Friday, April 21 @ 09:06:45 MYT
(User Info | Send a Message)

Kononnya ....!!!

1. Ringkas kata, kalau PAS hanya bersendirian (cuma bersama dua ekor biawak hidup), PAS akan tinggal dalam keadaan hidup segan , mati tak mahu, selepas PRU ke-14 nanti. Tidak mustahil PAS akan kehilangan Kelantan pun.

2. Jika PAS mahu menjadi sebahagian kerajaan pemerintah Malaysia bersama UMNO/BN, maka PAS harus "menyertai" UMNO bagi menghadapi PRU ke-14. (Insya-Allah).

3. Jika PAS mahu menjadi sebahagian kerajaan pemerintah Malaysia bersama Pakatan Harapan, maka PAS harus "menyertai" Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU ke-14. (Insya-Allah). 

 

 

 

 




PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT
(IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

764 Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong Stesyen,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel/Faks : 09-844 8001



All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.