Akaun Anda Hantar Artikel Forums Prosedur Iklan Hubung Kami Top Hits Keluar RSS TKO Versi X3 Facebook TKO Twitter TKO TranungKite Online Melihat Waktu Solat
     Create an account      
  TERKINI..   Maut Lepas Minum Air Coca-Cola Campur Ekstasi Semasa Pesta Hari Jadi    Elak 6 Kesalahan Ini Apabila Membesarkan Anak Lelaki Anda    Penganalisis: Isu kaum, agama tak berkesan untuk BN lagi    Perkasa doakan peguam Nik Elin insaf    PH bersedia pendaftaran PPBM mungkin batal    Mahathir Penentang Sebenar Hukum Hudud - Dr. Dzulkefly    Salahuddin Ayub berkata dia dan Dato' Husam tidak releven lagi masa akan datang (sekarang)    Akhirnya Mujahid Yusof Rawa Akui PAS Tak Akan Bersama UMNO    Kelantan wajibkan pemain tutup aurat    Ustaz Ismail Kamus Ziarah Presiden PAS di Rumah RM90 juta  
Infomation
Iklan Kiri


UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN IKLAN - sila emelkan ke tranung2006@gmail.com
Menu Utama
 Asas Laman
    · Home
    · 10 Teratas
    · Advertising
    · Akaun Anda
    · Album
    · Arkib Artikel
    · Beritahu Kawan
    · FAQ
    · Forum
    · iklan
    · Kajian
    · Kotak Sembang
    · Masej Peribadi
    · Muat Turun
    · Newsxxx
    · Pencarian
    · PHPNuke Editor
    · PRK Sg. Limau
    · Statistik
    · Sudut Cetak
    · Sudut Video
    · Topik
    · Tragedi MH17
    · Waktu Solat

 Tambahan
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempahan Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Statistik Pembaca
We received

474291491
page views since
1 September 2012

Jumlah Hits
· Hari Ini

19806

· Semalam

97331


Purata Hits
· Sejam

9,483

· Sehari

216,374

· Sebulan

6,587,382

· Setahun

79,048,582


Server Masa Server
· Masa

07:22:07

· Tarikh

19 Nov 2017

· Zon

+0800

Anonymous Online

Tawaran Istimewa Web Hosting
- masih ada satu iklan kosong di ruang ini -

Kerajaan Akui Pelaburan Merosot
Posted on Sunday, October 22 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Ekonomi

SUDAH banyak tahun dan banyak kali saya memberi amaran mengenai suasana serta keadaan pelaburan yang mungkin tidak lestari di negara kita.

Boleh kata setiap kali perangkaan rasmi dan tidak rasmi mengenai pelaburan dikeluarkan, saya akan beri amaran agar kita tidak terlalu gembira dengan 'berita baik' itu.

Saya sering mengingatkan mengenai perbezaan projek pelaburan yang diluluskan dengan pelaksanaan sebenar kerana ada projek yang diluluskan tetapi tidak dilaksanakan. 

Saya juga memberi amaran, manakala projek-projek baru yang diluluskan belum tentu akan dilaksanakan, projek-projek sedia ada sama ada menguncup, berpindah ke negara lain atau ditutup terus.

Hari ini kalau kita memandu melalui kawasan-kawasan kilang di negeri perindustrian seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Johor kita akan mendapati banyak bangunan kilang telah ditinggalkan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pelabur asing yang sudah bergiat di negara kita berpuluh tahun lamanya, sama ada telah menutup perniagaan atau berpindah ke negara lain.

Antara faktor menyebabkan mereka berbuat demikian adalah pertubuhan ekonomi negara yang tidak cukup tinggi, prospek masa depan yang tidak meyakinkan dan kenaikan kos pengeluaran.

Saya tidak berani mengatakan sama ada pihak bertanggungjawab terhadap pelaburan, khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa (Miti) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) ambil langkah secukupnya bagi menangani isu penuaan industri ini.

Yang jelas ialah perhatian Miti dan Mida dalam beberapa tahun kebelakangan ini terlalu tertumpu kepada rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sudah pun kecundang akibat penarikan diri Amerika di bawah Presiden Donald Trump.

Bertahun-tahun usaha dan belanja yang besar nampaknya hangus begitu saja. Sejak awal lagi saya mencurigai kebergunaan TPPA dan menyuarakan kebimbangan kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam sesi-sesi dialog yang beliau adakan dengan pengamal media massa.

Kebimbangan yang saya suarakan sekian lama nampaknya makin menjadi kenyataan. Kadar pelaburan baharu jatuh dengan teruk dalam separuh pertama tahun ini.

Pada 19 Oktober media melaporkan kadar kelulusan pelaburan baharu bagi enam bulan pertama tahun ini jatuh 28.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Mida, pelaburan yang diluluskan bagi semua sektor bernilai RM65.4 bilion yang terdiri daripada 2,294 projek yang boleh mewujudkan 61,930 pekerjaan jika dilaksanakan sepenuhnya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah kejatuhan paling teruk iaitu seb 41 peratus dideritai oleh sektor perkhidmatan yang berupa pemacu utama ekonomi negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kejatuhan sektor ini pula berkait rapat dengan kelembapan pasaran hartanah. Saya sudah sekian lama memberi amaran mengenai pertumbuhan sektor hartanah yang tidak lestari dan bahaya 'ekonomi buih' yang dicetuskannya.

Kita lihat projek hartanah, sama ada kediaman, ruang niaga atau pejabat, tumbuh ibarat cendawan muncul selepas hujan, tetapi tidak cukup pelanggan sama ada kerana kegiatan ekonomi yang tidak cukup rancak atau harga terlalu tinggi.

Keadaan ini akan menjadi semakin buruk dengan lebih banyak projek hartanah raksasa dimajukan di tapak-tapak seperti Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Iskandar Malaysia dan cadangan Bandar Warisan Dunia di Melaka.

Atas sebab itulah saya berulang kali memberi amaran kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) agar tidak terikut-ikut dengan kegilaan memajukan projek hartanah raksasa, khususnya cadangan projek Merdeka PNB 118 di ibu negara.

Pengurusan PNB yang ada pada hari ini mungkin berasa bangga melaksanakan projek pencakar langit itu. Tetapi jika sesuatu yang buruk berlaku kepada PNB, yang akan menderita adalah Bumiputera, khususnya yang melabur skim saham amanahnya.

Dalam kenyataan media, Mida berkata pelaburan dalam sektor pengilangan pun jatuh juga, sebahagiannya disebabkan oleh pengaliran modal kepada projek-projek raksasa seperti Rapid di Pengerang, Johor.

Saya kurang yakin dengan alasan ini. Yang lebih ketara ialah kita tidak dapat lagi bersaing dengan negara-negara jiran dalam sektor pengeluaran.

Mida sendiri mengakui hal ini terutamanya daripada sudut kos tenaga buruh. Justeru saya tidak dapat berkongsi keyakinan dengan Mustapa buat masa ini bahawa keadaan akan berubah dalam jangka masa singkat.

Sebaliknya kita mungkin mengalami krisis kebolehpercayaan dan keyakinan yang lebih teruk buat beberapa bulan akan datang.

Seterusnya keadaan ini akan menjejaskan keyakinan pengguna dan pengusaha untuk berbelanja. Tanpa perbelanjaan yang secukupnya, ekonomi sebenar akan terus lembap.

Wallahuaklam.



Datuk A Kadir Jasin,
Tokoh Wartawan Negara





Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada tranung2006@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

  1. RAHSIA UBER, Jana wang RM60,000 sebulan dengan uber tanpa perlu memandu...

  2. POWER GILER!! Sistem yang dianggap mengarut dan giler ini rupanya lubuk buat duit...


 
Klik untuk pakej iklan

* terdapat ruang iklan kosong di sini sila hubungi tranung2006@ gmail.com
Artikel Hari Ini

Maut Lepas Minum Air Coca-Cola Campur Ekstasi Semasa Pesta Hari Jadi

Elak 6 Kesalahan Ini Apabila Membesarkan Anak Lelaki Anda

Penganalisis: Isu kaum, agama tak berkesan untuk BN lagi

Perkasa doakan peguam Nik Elin insaf

PH bersedia pendaftaran PPBM mungkin batal

Mahathir Penentang Sebenar Hukum Hudud - Dr. Dzulkefly

Salahuddin Ayub berkata dia dan Dato' Husam tidak releven lagi masa akan datang (sekarang)

Akhirnya Mujahid Yusof Rawa Akui PAS Tak Akan Bersama UMNO

Kelantan wajibkan pemain tutup aurat

Ustaz Ismail Kamus Ziarah Presiden PAS di Rumah RM90 juta

[ Artikel seterusnya.. ]
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about Ekonomi
· News by AnisahOmar


Most read story about Ekonomi:

Harga Barang Jauh Beza Di Tesco & Mydin

Gabenor Dedahkan Rahsia Ekonomi Semakin Teruk.....

Hot Burger Fizo dijual 100,000 biji sebulan di Kelantan

Tip Bijak Wang Beli Kereta

Sultan Johor Bayar Tunai RM396 Juta Beli Kepentingan MOL
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan

"Kerajaan Akui Pelaburan Merosot" | Login/Create an Account | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Kerajaan Akui Pelaburan Merosot (Score: 1)
by kmuhammad on Monday, October 23 @ 04:06:22 MYT
(User Info | Send a Message)

Sudah terlambat mahu berbicara.

Kemerosotan akan terus berlaku.

Pelaburan daripada China akan bertambah tetapi melalui perjanjian berat sebelah yang hanya menguntungkan PM dan bukan rakyat.

Sebagai contoh kilang-kilang dan jentera China yang ada sekarang ini yang giat "membangunkan " kawasan di Malaysia, pekerjanya semua orang asing dan hak milik hanyalah berada di tangan orang atasan.

 




PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT
(IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

764 Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong Stesyen,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel/Faks : 09-844 8001



All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.