Akaun Anda Hantar Artikel Forums Prosedur Iklan Hubung Kami Top Hits Keluar RSS TKO Versi X3 Facebook TKO Twitter TKO TranungKite Online Melihat Waktu Solat
     Create an account      
  TERKINI..   Laman Tranungkite Dengan Rasminya Telah Dihentikan...    PAS Tak Akan Jadi Kingmaker?    Wanita 54 Tahun Meninggal Di Pusat Mengundi    Husam mungkin tewas di Kota Bharu dan Salor, kata penganalisis    Pagi Ini Saya Beri Satu Undi PAS demi Islam dan Melayu di Malaysia    Mahathir akan kalah sekitar 1500 undi di Langkawi    HARAPAN mampukah tawan Malaysia dengan FITNAH? Adakah ini nilai Politik Penyokong HARAPAN?    PAS isytihar cuti 10 Mei jika tawan T'ganu    PAS Menang Tipis Di Terengganu HARAPAN Ada Hilang Wang Pertaruhan    Ramai yang terkejut, 14 Pakar ini menjadi calon PAS PRU14  
Menu Utama
 Asas Laman
    · Home
    · 10 Teratas
    · Advertising
    · Akaun Anda
    · Album
    · Arkib Artikel
    · Beritahu Kawan
    · FAQ
    · Forum
    · iklan
    · Kajian
    · Kotak Sembang
    · Masej Peribadi
    · Muat Turun
    · Newsxxx
    · Pencarian
    · PHPNuke Editor
    · PRK Sg. Limau
    · Statistik
    · Sudut Cetak
    · Sudut Video
    · Topik
    · Tragedi MH17
    · Waktu Solat

 Tambahan
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempahan Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Pembaca Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Lebaihulu
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 33387

People Online:
Visitors: 0
Members: 0
Total: 0

- masih ada satu iklan kosong di ruang ini -

Hadi sindir Mahathir dengan isu bahasa
Posted on Friday, January 19 @ 13:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman



Berita

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengecam keras "pemimpin kita" yang pernah mengutamakan bahasa Inggeris dan mengabaikan bahasa Melayu di negara ini.


Tanpa menamakan "pemimpin kita itu" presiden PAS berkenaan berkata keinginan pihak terbabit mewajibkan bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran kononnya dibuat untuk memajukan negara.

Lebih parah, katanya, pihak yang dimaksudkannya itu mahu menjemput tenaga pengajar asing dan menyediakan peruntukan kewangan untuk meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris ketika ia sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan lebih bermanfaat kepada negara dan rakyat.

"Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB) telah membuat kajian bahawa negara yang meninggalkan bahasanya, gagal mencapai kemajuan yang pesat dan terus bergantung dengan pihak lain tanpa merdeka," katanya dalam kenyataan panjang lebar hari ini.

Abdul Hadi yang menjadi antara tokoh PAS cukup gemar menggunakan perumpamaan dan bidalan dalam ucapannya berkata generasi selepas merdeka mengambil langkah positif untuk memperkasakan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan kebangsaan.

Antara langkah diambil katanya ialah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain membuat perubahan terhadap institusi pendidikan di semua peringkat supaya bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu sehinggalah akhir 1970-an.

"Malangnya pada 1980-an dilakukan perubahan. Sekali pandang ke timur, sekali ke arah barat.

"Akhirnya dihanyutkan oleh ribut globalisasi berslogankan Orde Baru Dunia yang ditiupkan oleh Presiden Bush, iaitu bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahasa dunia.

"Kita ikut berenang bersama arus itu, sehingga bahasa Inggeris menjadi kebanggaan kita. Tulisan bahasa kebangsaan dipinggirkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi makin halus di papan tanda perniagaan dan jalan raya.

"Kita menyaksikan juga betapa para pemimpin kuasa besar berucap dengan bahasa kebangsaan masing-masing di persidangan antarabangsa yang terbesar atau kecil seperti PBB dan majlis rasmi bersama tetamu asing.

"Tinggallah pemimpin dunia ketiga, sama ada yang sedang membangun atau terus terduduk tanpa bangun meninggalkan bahasanya.

"Mereka sangat bangga berucap dengan bahasa penjajah masing-masing. Inilah kesan dan pengaruh penjajah yang masih menghantui pemikiran masing-masing," katanya lagi.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama kenyataan Abdul Hadi itu jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salahkan diri sendiri

Bekas perdana menteri berkenaan dikenali pernah mempromosikan Dasar Pandang Ke Timur pada 1982, selain kerajaannya memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003.

Bagaimanapun PPSMI kemudian dimansuhkan pada 2012 oleh menteri pendidikan ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perseteruan Abdul Hadi dengan Dr Mahathir sudah berlangsung sejak beberapa dekad lalu dengan masing-masing membuat serangan politik dari semasa ke semasa.

Terkini persaingan antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan PAS ketika kedua-dua pihak pembangkang berdepan cabaran pilihan raya umum (PRU) ke-14 nampak semakin sengit.

HARAPAN menggabungkan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

BERSATU menggabungkan Dr Mahathir dan Muhyiddin yang dianggap boleh menyaingi pengaruh Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Pada ketika sama pengkritik mendakwa PAS menjalin kerjasama tersirat dengan Umno apabila kedua-dua pihak - terutama membabitkan Abdul Hadi dan Najib - dilihat semakin mesra.

Bagaimanapun PAS menegaskan mereka beramal dengan budaya politik matang dan sejahtera.

Kata Abdul Hadi Wawasan 2020 - juga diperkenalkan Dr Mahathir - hanya tinggal dua tahun saja lagi umurnya namun kemajuan yang dicapai negara ini "masih bernyawa ikan".

Secara berkias anggota parlimen Marang itu menyarankan Dr Mahathir supaya bertaubat.

"Namun Allah sentiasa membuka pintu taubatnya laksana seluas muka bumi ini dari timur hingga ke barat, atau sepanjang umur manusia sejak umur baligh sehingga nyawa berada di kerongkong.

"Jangan salahkan orang lain, salahkanlah diri sendiri," katanya.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada tranung2006@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

  1. PELUANG JANA PENDAPATAN DENGAN JUAL PREPAID TOPUP. DAFTAR AGEN RM20 JE

  2. BUAT DUIT DENGAN BISNES EMAS 999 SECARA ONLINE

  3. Garam Bukit, Little Trees, Tasbih Digital, Samping Songket, Butang Baju Melayu, Bantal Panas HARGA BORONG

  4. BISNES Makanan POPULAR - DONUT, Puff, KEK, Putu, BUN, Pau, PIZZA, Taufufa, Murtabak, Bisnesair. Pelajari Disini >>> 

  5. Info Percuma Rahsia Kebahagiaan Suami Isteri Terbongkar di www.rahsiafirdaus.com 


 
Klik untuk pakej iklan

* terdapat ruang iklan kosong di sini sila hubungi tranung2006@ gmail.com
Artikel Hari Ini

Laman Tranungkite Dengan Rasminya Telah Dihentikan...

PAS Tak Akan Jadi Kingmaker?

Wanita 54 Tahun Meninggal Di Pusat Mengundi

Husam mungkin tewas di Kota Bharu dan Salor, kata penganalisis

Pagi Ini Saya Beri Satu Undi PAS demi Islam dan Melayu di Malaysia

Mahathir akan kalah sekitar 1500 undi di Langkawi

HARAPAN mampukah tawan Malaysia dengan FITNAH? Adakah ini nilai Politik Penyokong HARAPAN?

PAS isytihar cuti 10 Mei jika tawan T'ganu

PAS Menang Tipis Di Terengganu HARAPAN Ada Hilang Wang Pertaruhan

Ramai yang terkejut, 14 Pakar ini menjadi calon PAS PRU14

[ Artikel seterusnya.. ]
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about Berita
· News by AbdullahOthman


Most read story about Berita:

Isteri Muda Tendang Ketua Menteri Sarawak Di Khayalak Ramai?

Mahakaya: Anak MP bercuti di London bersama kekasih

Bini PM, Bini Taib Mahmud Malukan Malaysia

RUU Persendirian: Pelik bukan Islam bantah

Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...
Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan

"Hadi sindir Mahathir dengan isu bahasa" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT
(IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

764 Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong Stesyen,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel/Faks : 09-844 8001



All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.